Mesyuarat pertama Malaysia-Singapura, capai kejayaan

Mesyuarat pertama jawatankuasa Malaysia-Singapura mengenai perbatasan sempadan Maritim yang diadakan di Singapura pada Isnin, mencapai kejayaan. Menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Malaysia (MOFA), Datuk Seri M Shahrul Ikram Yaakob, dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, Chee Wee Keong, menurut kementerian dalam laman Facebook.