MH370: Waris gesa pihak berminat kemuka cadangan segera kepada kerajaan

Kesediaan kerajaan mempertimbangkan usaha mencari pesawat MH370 memberi harapan baru kepada keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines yang hilang dari radar lima tahun lalu. Menyedari masih ada peluang untuk merungkai misteri kehilangan pesawat itu, ahli keluarga mengharapkan pihak yang berminat dan mempunyai kepakaran untuk tampil membentangkan cadangan mereka kepada kerajaan secepat mungkin.