Miliki mercun, wanita didenda RM5,000

Seorang wanita didenda RM5,000 semalam oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis mercun tanpa lesen. Nozifa Diyana Zulkifli, 30 tahun, turut berdepan hukuman enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.