Tutup

Minuman di restoran tidak dikenakan cukai gula

Cukai eksais 40 sen seliter ke atas minuman bergula yang bakal dilaksanakan pada 1 Julai depan tidak akan melibatkan minuman yang dibancuh dan dihidangkan di premis makanan seperti restoran dan warung. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu, kementeriannya tidak mengawal selia restoran dan warung.