MIROS hantar pasukan khas siasat lokasi kemalangan di LPT

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menghantar pasukan khas ke lokasi kemalangan maut membabitkan empat beranak selepas kereta mereka terbabas dan terperosok besi penghadang jalan di kilometer 161.3 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kemaman, Terengganu, jam 8.30 pagi, semalam. Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pasukan itu dihantar ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan terhadap besi penghadang jalan terbabit sama ada berlaku kesilapan pemasangan atau sebaliknya.