MIROS saran pasang penghadang jalan ikut spesifikasi

Pemasangan terminal penghadang jalan perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan seperti piawaian yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM). Pengarah Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr. Siti Zaharah Ishak berkata pemasangan terminal penghadang jalan yang tidak mengikut spesifikasi boleh menyebabkan risiko kemalangan maut meningkat.