Tutup

MOA bantu pengusaha agro makanan terjejas akibat El Nino

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani MOA akan melakukan pemantauan untuk menentukan bentuk bantuan yang akan diberikan kepada pengusaha agro makanan yang mengalami kerugian akibat fenomena El Nino. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, MOA telah menerima banyak aduan daripada petani, penternak dan peladang yang terjejas akibat cuaca panas dan kering.