MOA garis 3 inisiatif bantu pengusaha harumanis

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggariskan tiga inisiatif baharu, bagi membantu pengusaha harumanis di seluruh negeri Perlis. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ia termasuklah menubuhkan unit khas bagi merangka strategi pemasaran harumanis, mempergiatkan kempen melancong ke Perlis dan mewajibkan harumanis sebagai menu dalam setiap jamuan majlis agensi kerajaan.