Tutup

MOA perkenal 'Skim Rezeki Ternak'

'Skim Rezeki Ternak' bakal diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya seribu penternak baharu yang terdiri daripada Golongan Berpendapatan Rendah (B40). Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub memaklumkan skim tersebut dijangka akan bermula tahun depan dan akan mengguna pakai sistem lembu pawah yang pernah popular sejak awal tahun 60-an dahulu.