MOA terus bela golongan petani,nelayan dan usahawan muda

Ribuan nelayan, penternak dan usahawan muda serta wanita telah mendapat manfaat sejak hampir setahun kerajaan pakatan harapan mengambil alih tampuk pemerintahan. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub, ia hasil pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan sejak beliau menjalankan tugas pada 21 Mei tahun lalu.