Tutup

Model penanaman jagung bijirin diperkenalkan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperkenalkan model penanaman jagung bijirin sebagai bahan penghasilan makanan untuk ternakan ayam bagi mengurangkan kebergantungan kepada jagung import. Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata model penanaman jagung bijirin Kemaman akan dimulakan penghujung Jun ini.