Tutup

MOF luluskan kuota tambahan bekalan benih padi sah

Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan permohonan penyusunan semula agihan kuota benih padi sah bagi menampung keperluan pesawah di Perak. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, kelulusan itu diperoleh selepas kementeriannya menghantar permohonan penyusunan semula kuota tambahan sebanyak 2,500 tan benih padi kepada MOF.