Tutup

MOSTI tubuh pasukan petugas dalaman kaji Blockchain dan Lejar Teragih

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) menubuhkan pasukan petugas dalaman untuk memudahcara penggunaan teknologi Blockchain dan Lejar Teragih di negara ini. Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI Prof. Madya. Dr. Ramzah Dambul berkata, pasukan itu bakal jadi platform yang sesuai sebelum penubuhan jawatankuasa yang bersesuaian di peringkat kebangsaan kelak.