MOT akan kaji isu "Last Mile Connectivity" termasuk tambah bas

Seringkali kita mendengar mereka yang bekerja di tengah kota raya Kuala Lumpur memilih untuk menetap di Melaka mahupun Negeri Sembilan. Namun isu ketika ini adalah bagaimana perbatuan akhir atau disebut 'Last Mile Connectivity' memberi impak kepada kualiti kerja mereka. Justeru, Kementerian Pengangkutan melihat kekurangan bilangan bas awam antara punca yang sering dihadapi oleh rakyat.