MOT tiada rancangan kawal harga tambang e-hailing - Anthony Loke

Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak merancang untuk mengenakan kawalan harga tambang untuk perkhidmatan e-hailing. Menterinya, Anthony Loke berkata peningkatan harga tambang hanya spekulasi dan kementeriannya dalam proses melihat kemajuan pelaksanaan dasar mengawal harga tambang di negara-negara lain.