Tutup

MPHTJ akan lakukan kajian terkini isu rumah condong

Susulan penderitaan kira-kira 110 penduduk membabitkan 24 rumah di Taman Malim Permai, Melaka selepas kediaman yang didiami mereka sejak 23 tahun lalu condong ibarat menunggu masa untuk 'menyembah bumi'. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan menyediakan laporan teknikal situasi terkini, sebelum mengemukakan kepada kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian segera.