MPOCC sedia insentif kepada pengusaha sawit mohon sijil MSPO

Pengusaha sektor sawit negara digalakkan memohon Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) bagi memastikan amalan prinsip kelestarian lebih mesra alam diguna pakai. Dalam menggalakkan pengusaha sawit memiliki sijil MSPO, Majlis Pensijilan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOCC) turut menawarkan insentif yang dapat memberi manfaat untuk jangka panjang.