MTDC galak IKS beralih ke Revolusi Industri 4.0

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menggalakkan penggunaan platfom pasaran digital bagi membantu Usahawan Kecil dan Sederhana (IKS) ke arah Revolusi Perindustrian ke Empat (Industri 4.0). Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Dato' Norhalim Yunus menjelaskan bahawa ianya bagi mengembang serta meningkatkan produktiviti IKS sehingga ke rantau Asia.