Tutup

MTDC meterai MoU dengan WLC, manfaatkan platform MDDEAS

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan World Logistics Council Limited (wlc) bagi memanfaatkan sistem aplikasi ekonomi digital pelbagai dimensi (MDDEAS). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus , platform mddeas ini mampu menghubungkan syarikat Malaysia dengan rakan dagangan global mereka selain mampu menjamin kecekapan dan keselamatan perdagangan.