Tutup

MTDC sasar lebih banyak syarikat disenarai di Bursa Saham

TT Vision Holdings Berhad, sebuah syarikat pengilangan peralatan mesin yang juga penerima pelaburan daripada Malaysian Technology Development Corporation MTDC, disenaraikan dalam pasaran leap di Bursa Malaysia Securities Berhad, pada Khamis. Penyenaraian itu mengukuhkan lagi kedudukan TT Vision sebagai salah satu pemain utama dalam industri semi konduktor bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar negara.