MTDC - STRAND jalin usaha sama aeroangkasa sejajar Industri 4.0

Sejak ditubuhkan pada 2006. Strand Aerospace Malaysia Sdn Bhd (STRAND) mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat perkhidmatan kejuruteraan yang bukan sahaja beri fokus kepada industri aeroangkasa, malah dalam sektor analisis data besar dan perundingan perniagaan. Diasaskan lima jurutera muda, STRAND kini mempunyai lebih 100 jurutera pakar yang merupakan sebahagian daripada pasukan global bagi memacu pembangunan pesawat dan teknologi baharu.