Tutup

Mufti saran lebih ramai pihak berinteraksi bersama banduan di penjara

Mufti Wilayah Persekutuan menyeru badan korporat, syarikat swasta dan badan lain memperbanyakkan program bersama banduan di penjara seluruh negara. Jelas Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui program yang dijalankan ia mampu menerbitkan harapan kepada banduan dalam usaha menginsafkan mereka yang pernah melalukan kesilapan sekaligus menangkis stigma negatif masyarakat terhadap mereka.