Tutup

Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah 4 tuduhan

Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah didakwa di mahkamah sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah rm9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Muhammad Shafee yang hadir ke mahkamah sesyen Kuala Lumpur jam 11.20 pagi juga didakwa dengan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.