Tutup

Mujahid akan sampaikan khutbah di Masjid Al-Noor, Christchurch

Seminggu selepas peristiwa berdarah di Christchurch, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa dijangka menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Noor yang jadi lokasi pembunuhan umat Islam di Christchurch. Mujahid yang mewakili kerajaan Malaysia berlepas ke New Zealand petang Khamis juga akan mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa serangan pengganas itu.