Murid SK Bukit Bandaraya maut kemalangan di Bangsar

Seorang murid sekolah kebangsaan maut selepas motosikal diboncengnya dirempuh sebuah teksi dalam insiden di Jalan Maarof simpang Jalan Tanduk, Bangsar pagi tadi. Semasa kejadian, mangsa Athirah Batricesya Azizi,11 tahun membonceng motosikal abangnya Amzar Hazieq, 18 tahun dari rumah mereka di pangsapuri Keretapi Tanah Melayu Berhad untuk ke sekolah.