Musim cuti sekolah dihabiskan di penempatan sementara

Kampung Padang Serai, Manjung, Perak, akan dijadikan kampung perintis di mana lantai rumah penduduk yang sering dilanda banjir akan ditinggikan sebagai alternatif kepada usaha melebar dan mendalamkan sungai yang menelan belanja jutaan ringgit. Perkara itu disuarakan Adun Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim yang melihat usaha meninggikan lantai rumah penduduk itu mampu dilakukan dengan kos minimum.