Mustahilkah pembangunan Kampong Bharu

Kampong Baharu Kuala Lumpur punyai sejarah tersendiri dalam lipatan sejarah negara. Di sini terpahat kisah perjuangan orang Melayu di Kuala Lumpur. Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, Syed Badli Syed Osman berkata, halangan paling besar untuk pembangunan tapak itu adalah status tanah itu sendiri.