Tutup

MyCARE dan Econsave sasar 3 juta dana bagi kempen #Medical4Gaza

Bagi merawat lebih 2,400 mangsa kekejaman Israel di wilayah terkepung Gaza, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan kerjasama pasaraya Econsave melancarkan kempen #Medical4Gaza. Sasaran dana RM3 juta bertujuan menampung kos perubatan mangsa selain menghantar tenaga pakar melibatkan 60 doktor di Malaysia ke negara berkenaan.