MyFarm rai pelanggan jual ayam 10 sen seekor

Bagi menghargai pelanggan, MyFarm memperuntukkan 200 ekor ayam yang dijual dengan harga 10 sen seekor kepada pelanggan di 20 pusat jualan di sekitar Lembah Klang bermula hari ini. Ketua Pengarah Strategi Jualan Jimat Harapan Rakyat, Datuk Abdullah Mansor berkata jualan ini diadakan setiap hari Sabtu setiap minggu bagi meraikan pelanggan tetap MyFarm.