MYTV dijangka selesai sehingga dua minggu

Masalah penggantungan siaran Tv Digital MYTV yang berlaku di beberapa negeri sejak awal November dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu dua kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. Beliau berkata ketika ini gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan beberapa isu komersil yang masih dalam rundingan di antara pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) dan Telekom Malaysia Berhad TM.