NACP bukan tindakan hukuman terhadap perasuah dahulu

Dr Mahathir menjelaskan, NACP bukan tindakan berlandaskan dendam atau benci terhadap perasuah-perasuah yang lalu. Jelasnya, ia tindakan yang diambil kerana kerosakan kepada negara dahulu selain amaran hukuman kepada sesiapa yang merancang untuk melakukan rasuah.