NACP jadi platform negara bersih rasuah

Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 (NACP) seharusnya menjadi platform membersihkan apa juga ruang untuk gejala rasuah bertapak di negara ini. Presiden Transparency International Malaysia (Ti-M), Datuk Seri Akhbar Satar berkata, ia perlu meliputi aspek pentadbiran awam, orang muda serta isu dana politik yang belum dimuktamadkan sehingga hari ini.