Najib dakwa Rosmah tidak pernah terima loket merah jambu

Datuk Seri Najib Razak menegaskan loket berlian merah jambu 22 karat yang dikatakan dibeli menggunakan dana 1MDB bernilai 27 juta dolar Amerika adalah hadiah daripada putera raja dari Emiriah Arab Bersatu. Bagaimanapun, beliau mendakwa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernajh menerima berlian berkenaan. Dalam satu wawancara bersama Al Jazeera, bekas perdana menteri berkata, putera raja itu adalah Sheikh Mansour iaitu Pengerusi International Petroleum Investment Company.