Tutup

Najib diarah bela diri kes SRC International

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri terhadapsemua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengumumkan keputusan itu pada 11.34 pagi. Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri Najib, 66, bagi tiga pertuduhan Pecah Amanah Jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana itu. Kita bersama rakan setugas, Wan Syamsul Amly untuk butiran terkini.