Najib dilepas tetapi tidak dibebas tiga tuduhan pemindahan wang haram

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menarik balik tiga tuduhan pemindahan wang haram terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Keputusan dibuat hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang melepas tanpa membebaskan Najib daripada tiga pertuduhan berkenaan.