Najib, Irwan dan Hasanah didakwa hari ini

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Tan Sri Irwan Serigar Abdullah akan didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini. Mereka akan didakwa berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia pada jam 7.30 pagi. Untuk perkembangan lanjut, kita bersama wartawan Wan Syamsul Amly yang akan membuat liputan kes berkenaan hari ini.