Najib keluar Ibu Pejabat SPRM

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilihat telah meninggalkan perkarangan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira kira pukul 2.30 petang Khamis. Kali ini, beliau mengambil masa lebih kurang empat jam untuk memberi keterangan berhubung laporan akhir pengauditan 1MDB yang didakwa diubah seperti didedahkan Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad, sebelum ini.