Najib Razak kemuka surat tuntutan maaf kepada Mohd Rafizi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan surat tuntutan permohonan maaf daripada Mohd Rafizi Ramli. Ia susulan kenyataan Setiausaha Agung PKR itu yang mendakwa wujud salah guna wang cukai barang dan perkhidmatan GST berhubung pembelian kain di sebuah gedung tekstil terkemuka di negara ini.