Najib Razak tiba di Mahkamah Kuala Lumpur

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pekarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 8.17 pagi. Beliau dilihat memakai sut lengkap berwarna biru. Laungan 'hidup Najib' bergema mengiringi ketibaan bekas Perdana Menteri.