Najib sedia pertimbang untuk berdebat

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia mempertimbangkan untuk berdebat dengan mana-mana pemimpin lain pada masa depan sekiranya dicabar berbuat demikian. Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, beliau tidak mempunyai sebarang keputusan berhubung isu debatnya dengan Lim Kit Siang selepas Penasihat DAP berkenaan menarik diri.