Video  |  Malaysia

Najib, Trump setuju kukuhkan lagi hubungan dua negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Dalam catatan menerusi laman Facebook, Datuk Seri Najib berkata beliau telah berbual dengan Trump menerusi telefon pada Ahad dan perbualan antara kedua-dua mereka adalah amat mesra dan produktif.