Najis merpati bukan penyebab pencemaran - Dr. Dzulkefly Ahmad

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menafikan najis burung merpati adalah penyebab sampingan kepada gangguan kesihatan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, baru-baru ini. Kata Dr. Dzulkefly, sesiapa pun boleh mengeluarkan pendapat namun pihak Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian terhadap keputusan klinikal yang diperolehi.