Tutup

'Nak jual barang ke Malaysia, jangan haramkan minyak kelapa sawit'

Kerajaan sedang melihat kemungkinan untuk memastikan Norway tidak mengharamkan penggunaan minyak kelapa sawit di negara mereka, sebagai salah satu pertimbangan dalam penggabungan gergasi telekomunikasi mereka iaitu Telnor, dan Axiata Bhd milik Malaysia. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu juga mungkin boleh dijadikan syarat kepada negara-negara Eropah lain yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Malaysia.