Nama Ketua Hakim Negara sudah diserah kepada Agong

Tun Dr Mahathir memaklumkan calon Ketua Hakim Negara bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri?ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja. Jelas Dr Mahathir, buat masa ini kerajaan masih menanti kelulusan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja berhubung lantikan Ketua Hakim Negara yang baharu.