Naskah luar biasa namun dekat dengan masyarakat

Muzikal The Phantom Of The Opera yang julung kali menemui penonton di Malaysia, bukan sahaja diminati kerana kualiti dalam pementasannya. Sebaliknya, apa yang menarik adalah watak yang diwujudkan mudah difahami dalam konteks masyarakat, biarpun kisah asalnya sudah menjangkau usia lebih 100 tahun.