Tutup

Navin Pillai disenarai individu dikehendaki polis

Individu yang didakwa menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di media sosial kini disenarai sebagai individu dikehendaki polis. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai bekerja sebagai juruteknik di luar negara dan pemeriksaan interpol mendapati dia berada di New Zealand.