Naza Kia Malaysia lantik CEO baru

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, melantik Ivan Kuan Thai Woon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu berkuat kuasa serta-merta. Dalam satu kenyataan ia berkata Ivan akan memantu jenama Kia dan melapor terus kepada CEO kumpulan automotif Datuk Samson Anand George.