Tutup

Ncig umum henti operasi di Malaysia, fokus pasaran luar negara

Pengeluar rokok elektronik jenama tempatan N-Cig bakal memberhentian operasinya di Malaysia dan hanya akan memfokus kepada operasi di luar negara. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Shariffudin Bujang, operasi syarikat itu di Malaysia akan tamat dalam tempoh 3 bulan..susulan kekangan yang dihadapi syarikat itu untuk terus beroperasi di sini. Sebaliknya, syarikatnya tekad untuk memberikan fokus kepada operasinya Di Eropah, Amerika Syarikat dan Indonesia.