Negara ada hak dapatkan semula wang projek gagal

Kerajaan mengambil semula RM1 bilion daripada akaun sebuah syarikat milik kerajaan China di Malaysia selepas kegagalan mereka menyiapkan projek saluran paip di negara ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, syarikat itu sehingga kini hanya menyiapkan 13 peratus projek berbanding 80 peratus pembayaran yang sudah dibuat.