Nelayan asing sasar hasil di pelantar minyak

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menahan sebuah bot bersama dua puluh nelayan Vietnam kerana menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan negara. Bot terbabit ditahan dalam "Ops Pagar?" di kedudukan 140 batu nautika dari Kuala Kemaman berhampiran pelantar minyak pada jam 9.30 pagi pada Selasa.